Perjalanan beliau tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau meneruskan pembelajaran di Universiti Malaya namun malangnya terkandas seawal tahun pertama pengajian. Kisah yang diceritakan bermula daripada seorang budak kampung yang digelar ‘Putih’ dan bekerja sebagai penggembala kambing, menjual bepang dan ikan di pasar, seterusnya berjaya diterima masuk ke sekolah elit di Kuala Lumpur. Pernah dikenali sebagai “Exco Kertas Kerja” kerana gemar menulis kertas kerjanya sendiri, tidak seperti wakil rakyat lain yang kebiasaannya mengharapkan pegawai bawahan untuk menulis kertas kerja, saya yakin penulisan beliau ini dapat menghasilkan satu naskhah yang menarik dan tersendiri. Sudah lama kami adik-beradik mendesak beliau untuk menulis autobiografi yang menceritakan pengalaman beliau yang unik untuk dijadikan pedoman dan panduan anak-anak, cucu-cucu dan seterusnya mereka yang membaca buku ini. Lonjakan kuantum (Quantum Leap), daripada Fizik ke Politik merupakan sebuah autobiografi ayah saya, Abdul Latiff Awang. My first edited book! One of 2021 KPIs achieved!
0 Comments
Leave a Reply. |